July 19, 2011

Cara Masuk Dashboard Blogger Lama

SOALAN: Abam Panda, macam mana nak masuk dashboard blogger yang lama eh? Yang baru kaler oren ni tak boleh nak edit kod HTML blog la. Leceh betul


Antara keburukan Blogger in Draft yang baru ni ialah kita tak boleh nak masuk edit kod HTML untuk repair layout, buang css code mommypinky yang bervirus tapi ramai orang guna macam lembu kena cucuk hidung tu, dan jugak untuk tambah widget blog secara advance.

Benci gila dashboard oren ni
So caranya ialah first sekali korang blogger in draft di URL http://draft.blogger.com dan kemudian korang 'untick' make blogger in draft my default. Maka dengan ini dia akan disable blogger in draft daripada jadi default dashboard korang

July 18, 2011

Tips Baiki Description URL Blog di Facebook

SOALAN: Abam Panda, blog saya kan, kalau share dekat Facebook, selalu dekat description tu dia bagi maklumat salah. Camne nak repair?

Kadang-kadang bila kita tekan butang like' ataupun 'share' di Facebook, dia akan keluarkan description yang salah. Ada masa dia keluarkan kod yang panjang berjela-jela dan ada masa dia tarik description daripada komen . Contoh gambar di bawah ni:


Kalau nak Facebook tarik description daripada perenggan pertama entry blog korang, caranya ialah Masuk Dashboard>Setting>Edit HTML>Tick Expand Widget

STEP 1
Search <data:post.body/> dan padam kod tersebut, gantikan dengan kod ini
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<b:if cond='data:post.snippet'>
<meta expr:content='data:post.snippet' name='description'/>
</b:if>
</b:if><p><data:post.body/></p>    
Tekan PREVIEW, kalau tak ada error yang terjadi, sila tekan SAVE.

STEP 2
Masuk sini dan LINT url entri blog anda. Wajib buat

STEP 3
Try share semula entri tu. Tengok description dia mesti dah tukar jadi lain

P/S: Tips ni takkan berkesan untuk orang yang mulakan entri blog dengan blockquote atau gambar. Mulakan dengan ayat barula Facebook akan tarik description yang betul dekat News Feed.

July 7, 2011

Tips Baiki Butang Like Facebook Blogspot & Wordpress

Semalam aku ada post dekat Facebook yang butang Facebook pada blog ada mengalami kesulitan di mana kalau orang tekan like, dia tak keluar apa-apa. Misal kata, kalau korang tekan like, butang tu seolah-olah tidak ditekan dan ini menyebabkan entry tersebut tak dapat dikeluarkan di Facebook untuk trafik yang tinggi


Penyelesaiannya ialah:

Masukkan PERMALINK BLOG korang di window bawah ni kemudian tekan LINT. Jangan masukkan url blog! Masukkan url entri blog korang yang bermasalah tu. Bila dah masukkan satu URL, URL lain akan ikut sama dibaiki secara automatik.




Lepas dah siap tekan LINT, tak payah buat apa-apa. Masuk blog korang dan cuba tekan like tu. Konfem dah elok!