June 9, 2011

Tips Google Custom Search Cantik

Okay kali ni punya entri pendek je memandangkan aku nak kenalkan satu benda yang ramai orang tak tau je lagi iaitu Google Custom Search

Kalau korang perasan kebanyakan search bar dalam blog yang sedia ada tu langsung tak search friendly. Contohnya dalam template Characterized yang aku guna (sekarng dah buang),


Kalau korang taip apa-apa perkataan dalam kotak tu, dia hanya akan keluarkan result yang bertepatan dengan title entry blog sahaja. Dia takkan keluarkan result yang bersesuaian dengan content blog. Kiranya benda ni semak samun je dalam blog. Berbanding pulak dengan custom search google baru aku,


Kalau korang masukkan any keywords dalam ni, dia akan kesan seluruh blog, termasuklah archive, content dan segalanya untuk seboleh-bolehnya matching dengan katakunci korang. Okay aku listkan kelebihan guna benda ni yang aku tahu
  • Sistem carian yang lebih berkesan - dia cari sampai ke lubang cacing
  • Rupa bentuk yang boleh dibuat sendiri (warna dan font)
  • Boleh linkkan carian ke website lain jugak. Contohnya aku buat widget Google Custom Search aku ni supaya dia search dekat blogger, blog tipspanda dan jugak tumblr aku.
  • Boleh set sinonim, autocompletion, dan sebagainya (manual)
Okay itu saja kot. Aku takkan ajar semua benda yang aku buat dekat blog aku sebab itu bergantung pada kreativiti korang. Aku cuma akan listkan dekat blog ni tentang widget-widget berguna untuk blog je. Kalau nak tutorial salji turun ke ape, boleh cari dekat blog lain. Ini ialah arkib persendirian tapi korang bebas nak buat rujukan.


3 comments:

  1. panda nak tanya ni,
    1. cemana nak bagi info2 yg keluar tu tak melimpah ruah? (within the box)

    2. Ads Google yg keluar bersama-sama pencarian kita tu boleh buang x?

    Tq

    ReplyDelete
  2. 1- dia mmg xkluar box ah

    2- boleh, masa setting GFC tu ada option. tgk setiap option yg ada..setting betul2

    ReplyDelete

Ada soalan berlainan daripada entri ni? Tanya je. Ada masa aku jawab

Dah lawat BLOG ARCX13.COM?

Komen selepas 14 hari diletakkan dalam mod pengesahan untuk elakkan spam